Monday, 27 February 2012

Allah sentiasa bersama dan memeliharaku

Aku suka berkarya, tetapi aku tidak akan menulis sekiranya ilham tidak datang bertandang. Ilham itu hidayah Allah, akan aku pergunakan sebaiknya. Dan aku yakin setiap manusia ada keistimewaannya sendiri. Aku suka berhujah, tetapi aku perlukan teman yang berilmu, aku suka berbicara, tetapi aku lebih suka berbicara perihal agama dan isu semasa.

 Bagiku, berbicara perkara lagho hanya membuang masa dan tidak mendatangkan banyak faedah. Aku sedang cuba menarik minat dan mindaku untuk menyegerakan tugasanku. Banyak sekali tugasan yang perlu aku siapkan demi meraih segulung kejayaan ini.

 Cita2 ku mendapatkan ijazah diperingkat yang paling tinggi tidak pernah padam dari ingatan dan impian tersebut sentiasa tersemat di hati. Aku yakin Allah akan bersamaku merealisasikan impian ku. Aku yakin dgn Allah dan aku yakin bahawa Allah sentiasa bersamaku membantu dan memeliharaku dengan sebaiknya.


Ilham

Wahai ilham, kemanakah engkau menghilang? Berikan aku ruang dan masa agar dapat aku menyiapkan segala urusan dan tugasanku.


Madah pujangga

Adakalanya aku cuba mengenali diri ini dengan lebih jauh lagi. Aku cuba dan terus mencuba, makin aku kenali, makin dalam rasa kasih dan sayang pada diri ku sendiri. Kini aku sedari bahawa aku perlu menyayangi diriku sendiri selagi nafas masih ada dan selagi nadiku masih berdenyut.