Sunday 25 August 2013

Pergolakan di Mesir, peringatan buat umat Islam

Sila perhatikan satu persatu negara Islam bergolak sana sini. Cuba fikirkan mengapa dan kenapa semua ini terjadi? Tidak lain dan tidak bukan kerana umat Islam sendiri yg saling bertelagah sesama sendiri. Berebut kuasa dan jawatan, berebut harta dan kemewahan.

Perang saudara disana sini. Yg kaya semakin kaya dan bermewah- mewahan. Yg miskin terus miskin. Tidak adanya sikap saling bantu membantu, keras dan kasar setiap masa. Sikap toleransi dan tolak ansur semakin pudar.

 Masing2 dgn hal masing2.... Tidak hairan Islam semakin lemah dan tersisih. Ada yg taksub berpolitik hingga mengabaikan kepentingan menjaga akidah. Seolah2 biar akidah tergadai asalkan parti politik dokongan nya menang. Ustaz dan ustazah mee segera muncul bagai cendawan tumbuh. Berceramah tanpa ilmu yg benar, hanya ikut-ikutan shj, tetapi itulah golongan yg disanjung2 hanya krn populariti sbg artis.

Dunia akhir zaman, apabila org yg jahil dlm bidang agama berbicara ttg agama di pentas awam. Org yg benar2 berilmu dan beriman dipinggirkan dan di hina...tidak mustahil satu persatu bala petaka akan menimpa umat Islam kini jika terus dibiarkan berleluasa…

Antara puncanya adalah….umat islam kini semakin leka, tidak mementingkan ilmu pengetahuan dan meninggalkan jauh-jauh ajaran Islam.  Itulah punca kelemahan dan kemunduran umat Islam. apabila umat Islam di tindas, dengan segera umat islam akan menyalahkan pihak sana sini…sebenarnya lupa melihat kelemahan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment