Saturday 24 August 2013

Masak bagi org yg sibuk...

Aku bukan x suka masak, tapi kadang2 bila nk mulakan tu malas. Pada mulanya aku simpan mknn yg x habis dlm peti sejuk, packing cantik2, beli bekas plastik transparent 4 segi besar dan kecil yg leper2 tu, cantik bila susun dlm peti sejuk. Bila balik dari mana2, saat lapar sgt, terus buka n panaskan je! Senang rupanya!

Aku pun mulakan satu strategi, beli ayam n ikan, terus masak...simpan lam bekas2 tu and simpan lam peti sejuk. Masak dlm pelbagai variasi masakan, sambal tumis, kari ayam, asam pedas ikan dll. Sayur je tidak. Sayur aku suka fresh, style arab gitu. Sentiasa sedia timun , tomato n salad lam peti sejuk. Bila nak makan, potong je n masukkan minyak zaiton, black pepper n garam sikit n hidang, senang kan!

Nak jadikan citer, anak2 bila lapar, x yah kita sibuk2 nak masak kelam kabut. Bila lapar, kalau boleh waktu tu juga kita nak makan kan....so, senang je, lauk dah siap masak dan di susun rapi, ambil sedikit, masuk dlm mangkuk and panaskan.....easy pizzy gitu......

Nasi pun gitu, masak siap2 n simpan lam peti sejuk, senang sungguh bila anak makan tu, semudah ABC...next week, buat menu lain berbagai2, pun tetap sama, mudah dan rigkas. Better dari makan di luar, kebersihannya terjamin!

Kalau masak nasi arab atau nasi minyak, paling mudah dan tahan lama. Nasi lemak pun tahan lama gak! As long as x di sentuh dgn jari...make sure jari x usik mknn tu ye, jari kan ke ada enzim yg mudah membasikan mknn...semua kena guna sudu or senduk tau....bersih gitu!

Sooo..pd yg sibuk tu, buat satu hari anda masak, and simpan...masak varieties...Yakin bersih, mknn dari rumah sendiri. Sometimes yg masak di kedai2 makan tu, dah lah x solat, x berapa bersih n waktu masak entah apa yg diucapkan sesama mereka. Silap aribulan caci maki pun hador....kita pun makan....hissshhh!


No comments:

Post a Comment