Friday 31 August 2012

Hari raya...tudung raya, baju raya dan kuih raya......

Bila musim raya, umat Islam di Malaysia ni sangat mewah...bulan makan, bulan melaram bulan pesta, bulan kunjung mengunjung. Meriah disajikan makanan yg berwarna warni. Meriah juga dengan  fesyen pakaian berbagai2 and meriah tengokk fesyen tudung yang beraneka jenis.

Ropol sana, ropol sini, bertingkat2 mcm kek lapis pun ada, macam pelangi pun ada, pendek kata, bukan saje kuih lapis yg sangat di gemari ramai itu laris, tudung berlapis2 pun memang sangat laris lah buat masa ni.

Kepada penjual tudung, jgn ingat nak untung saje. Kena fikir juga apakah tudung yg dijual itu menepati kehendak syarak atau tidak? Kepada pereka2 tudung, jgn ingat nak untung di dunia ni shj, nanti anda akan muflis di akhirat.

Jika tiada anda mereka fesyen yg pelik2, tiadalah fesyen itu menjadi ikutan ramai. Bayangkan kalau berjuta yg memakai fesyen rekaan anda yg x menepati hukum syarak, tidak menutup aurat dgn sempurna, tidak menutupi bahagian dada yg merupakan sebahagian dari perhiasan wanita itu, anda sedang mengumpul saham muflis di akhirat

Secara logiknya, penjual tudung hari ni lebih mengikut sistem kapitalis.  Menjual dgn harga yg tinggi sedangkan harga sebenarnya mengikut kewajaran jauh lebih rendah hanya kerana jenama tertentu. Anda menjual jenama, bukan menjual atau memperdagangkan sesuatu utk memenuhi tuntutan syarak, dan tidak menggalakkan wanita menutup aurat dgn sempurna.

Anda lebih menggalakkan kaum wanita muslimah kini hanyut dlm kegilaaan pada jenama dan mengikut arus fesyen. Hinggakan ada yg memakai tudung hanya kerana berfesyen , semata2 kerana fesyen yg semakin up to date, tanpa mengetahui mengapa dan kenapa sebenanya seseorang wanita itu perlu menutup auratnya..

No comments:

Post a Comment