Friday 29 November 2013

Jangan Bertuhankan Manusia dan Ahli Politik

Semakin lama semakin tenat pemikiran masyarakat sekarang.  Sanggup putus saudara hanya kerana beza pandangan tentang politik.  Barangkali ahli politik yang dipuja-puji tu mampu menolong mereka ketika di padang mahsyar gamaknya!

Ingatlah, pada hari kebangkitan semula, hanya amalan soleh yang mampu membantu kita, disamping anak-anak yang soleh dan solehah.  Jika di dunia tidak habis-habis menghentam sesama Islam sendiri.     Fikir-fikirkanlah...

Jangan ikut nafsu, jangan letak politik di hadapan dan akidah di belakang.  Allah turunkan kita ke dunia ini untuk mencari seberapa banyak ilmuNya agar kita menjadi insan mulia yang bertaqwa dan sentiasa menurut akhlak dan jejak langkah Rasul Nya Muhammad saw.  Siapa ikutan kita di akhir zaman ini?  Adakah kita rasa ahli politik jauh lebih mulia daripada Rasulullah?

Betapa ramai yang tertipu pada hari ini. Ahli politik terus memburu kuasa dengan memperkudakan para pengikut dan penyokongnya.  Penyokong bergaduh, dihukum penjara, bertindak ganas, mencaci maki, manakala ahli politik dokongan mereka seronok2 dapat gaji bulanan beribu-ribu, puluhan ribu dengarnya kini, projek masuk bertali arus, hidup mewah, senang lenang, pindah hotel mewah sana sini, makan pun mewah, anak isteri lagi tambah mewah....silap aribulan isteri pun makin bertambah, tukar pucuk muda!

Meh kita fikir sikit....kita penyokong ni dapat apa? Silap aribulan nak dapat serpihan projek pun sakit, bila nak minta tolong, dia asyik sibuk.  Nak jumpa dah kena ada protokol, ada PA jaga.  Kena ada temujanji berbagai....alahai kesiannn....

Tak payah fikir jauh2, saya sendiri dah merasa tempiasnya.  Dulu masa dia sibuk bertanding sana sini, sibuk berkempen sana sini, kamilah yang jadi mangsa hantar dan jemput anaknya sekolah. Tak mengapalah, kita anggap biasa je, kebetulan anak-anaknya sekolah sama. Anak saya sorang, anak dia 3 orang...akhirnya dia menang juga bertanding, dengar dah jadi Exco, wah! Alhamdulillah...Walaupun kita tak pernah pun menyokong dan membantunya berkempen, dan tak juga menyokong mana-mana parti, buang masa memikir semua tu. Dia nak bertanding, dalam kesempitan, kita bantu, anggap bantu sesama Islam...

Biasalah bila dah jadi orang besar-besar, bahasa dah mula tinggi, maklum jadi sanjungan ke sana sini. Call memang dah tak berangkat, nak minta tolong itu ini jangan harap la.... Waktu dia minta pertolongan kita, lembut gigi dari lidah. Memang manusia mudah lupa. Sbb itulah jangan terlalu mengharap pada manusia, kita akan merana. Jangan terlalu menyanjung manusia selain para Nabi, mereka bukan maksum. Nafsu masih menguasai diri...berpada-pada lah ye...

Lebih baik kita abadikan diri dengan mencari seberapa banyak ilmu.  Dengan adanya ilmu Allah akan naikkan darjat kita, Allah akan muliakan kita di sisi manusia juga.  Tak perlu menyapu bontot ahli politik nak dapat nama dan perhatian, nak projek dan sebagainya, rugi akan balik pada diri sendiri, kita akan jadi umpama melukut ditepi gantang, lama-lama dia pulak meluat tengok kita...

Pastikan diri sendiri berilmu, mampu menguasai bahasa Arab dan bahasa Ianggeris sebaiknya, yakin ilmu hanya berada di hujung jari sahaja.  Kita tidak akan ketinggalan dari segenap sudut krn kebanyakan sumber lmu datang daripada dua bahasa ini.  Dalami bahasa al-Quran, disitulah kehebatan kita sebenarnya.  Jika kita dah memiliki ilmu ini, baru kita nampak bahawa dalam diri manusia sangat banyak tipu daya.  Dekatkan diri pada Allah dan yakinlah hanya Allah yang mampu memberikan kita kebahagiaan dan ketenangan.

No comments:

Post a Comment